KUALA LUMPUR: Peranan ketua komuniti di kawasan luar bandar dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibuka bermula Selasa hingga 31 Mac ini tercapai.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata dalam memastikan tiada yang terkecuali untuk mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem berkenaan, ia turut melibatkan sesi libat urus bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran ditetapkan.
"Bagi kawasan pedalaman, gerak kerja pengoperasian telah pun disusun... komunikasi dan perhubungan dengan kerajaan negeri telah kita adakan melalui sesi libat urus, kita ada bermesyuarat dalam platform majlis statistik data negeri yang dipengerusikan oleh Premier, Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri masing-masing dan ada juga melalui Setiausaha Kerajaan Negeri.
"... dan kemudian, kita turunkan juga kepada peringkat daerah dan kita juga berhubung dengan penghulu, ketua-ketua komuniti maknanya usaha untuk kita melihat pelaksanaan pendekatan 'the whole nation' (pendekatan menyeluruh) itu telah pun dilaksanakan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata setakat ini maklum balas yang diterima daripada Jabatan Perangkaan Negeri dan kakitangan di lapangan bagi penerimaan sistem itu di kawasan luar bandar adalah positif dibantu oleh usaha penerangan dilakukan oleh Jabatan Penerangan (JaPen).
"Kita juga bekerjasama dengan JaPen melalui pelaksanaan program Info On Wheels, iaitu mereka bergerak dan menyampaikan maklumat mengenai PADU dan sebagainya, jadi publisiti itu berjalan secara meluas dan boleh kita nyatakan satu dua hari ini menunjukkan perkembangan yang baik dan positif," katanya.
Setakat 8 malam tadi, PADU telah merekodkan sebanyak 396,181 jumlah bilangan pengguna berdaftar.
Mengenai maklum balas yang diberikan oleh beberapa pihak terutama berkaitan keselamatan, Mohd Uzir berkata sistem itu yang dibangunkan secara dalaman membuatkan ia tangkas, membolehkan sebarang penambahbaikan dilakukan dengan mudah dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
"Kita mengalu-alukan maklum balas orang ramai, sebenarnya ini adalah proses untuk kita memupuk budaya digital dalam kalangan rakyat dan cendekiawan dalam negara kerana maklum balas positif itu boleh digunakan.
"Ini yang cantiknya bila sistem itu dibangunkan secara dalaman, kita sendiri boleh tambah baik apabila maklum balas itu benar dan membolehkan ia sentiasa ditambah baik," katanya.
PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Mohd Uzir berkata, setakat ini maklum balas yang diterima daripada Jabatan Perangkaan Negeri dan kakitangan di lapangan bagi penerimaan sistem itu di kawasan luar bandar adalah positif. - Gambar fail/BERNAMA
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.